Temubual Eksklusif bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Menyebut mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pastinya bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan adalah nama yang paling diingati ramai.

Mana tidaknya, penerangan sebelum dan sejak pelaksanaannya lagi, beliau dilihat sebagai individu serba tahu tentang GST.

Secara eksklusif kepada MalaysiaGazette, Ahmad Maslan berkata, segala cacian, kejian dan tohmahan ramai yang diterima setelah menjadi ‘perisai GST’ kerajaan ketika itu tidak menjadi bekas di dalam hatinya.

“Biarlah ia menjadi satu sejarah yang jadi ingatan ramai pihak. Kenapa saya boleh berdiri semula kerana apa yang saya sebut itu adalah benar dan apabila kita membuat satu perkara yang benar maka kita tidak kisah dengan tagline ‘Ada Aku Kisah’.

“Kerana ‘Ada Aku Kisah’ adalah tagline untuk memberikan kita motivasi selagi kita buat yang benar apa juga yang orang kata itu, kita tak kisahkan, saya pernah dicerca apabila satu lagi tagline dua kerja,” katanya dalam program temubual khas Owh!MG terbitan MalaysiaGazette.

Beliau berkata, ketika beliau ‘berperang’ dalam menjelaskan pelaksaan GST pada masa itu, beliau mengakui ramai pihak yang tidak faham mengenai pelaksanaan sistem cukai itu.

Jelas Setiausaha Agung UMNO itu, kemungkinan penerangan beliau tentang pelaksanaan GST mendahului masa dan memerlukan masa.

“Mungkin apa yang saya sebut itu mendahului zaman dan GST satu masa ketika tidak kontroversi. Elok dibuat semula dengan kadar yang lebih rendah.

“Enam peratus itu sudah rendah daripada 10 peratus cukai SST Lim Guan Eng. Enam peratus GST itu lebih rendah. Bagaimana GST boleh mengumpulkan RM42 bilion dan 10 peratus hanya boleh kumpul RM20 bilion kerana GST boleh menutup penipuan cukai.

“Namun apabila Covid-19 ini berlaku berapa tahun selepas cadangan itu baru orang akui bahawa cadangan saya itu betul,” jelas beliau.

Pada Parlimen minggu lalu, Ahmad berkata, sistem cukai kepenggunaan yang dilaksana 170 negara itu mungkin boleh diperkenalkan semula kemudian dengan kadar yang lebih rendah sebelum ini iaitu antara empat hingga lima peratus.

Ujar beliau, GST pasti boleh meningkatkan hasil dan mengawal ketirisan cukai bagi manfaat rakyat ketika pandemik Covid-19 melanda negara kini.

Jelas beliau, bagi tahun 2020, hasil kerajaan berkurang sebanyak 18 petarus iaitu sebanyak RM42 bilion.

Namun, katanya sekiranya GST dilaksanakan negara akan mengutip hasil kira-kira RM44 bilion dan ia dapat menampung kekurangan hasil RM42 bilion ketika negara berhadapan dengan wabak Covid-19 selain pendapatan merosot. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Ideanya betul tp perlaksanaannya tak berapa betul. Itu pasal kamu kena hentam. Dah tahu nak tukar sistem cukai, batalkan lah dulu sistem sst barangan selama 6 bulan. Lepastu suruh semua pengekuar/peniaga turunkan harga brg sebanyak 10%. 6 bulan untung kepada rakyat sbb harga murah. Lepas 6 bulan baru impose gst semula. Baru nampak harga barang turun berbanding zaman sst.
    Tauke2 cina tu cerdik. Diorg hantam 16% la lepas gst impose. Buta buta 10% dulu sst masuk kantung diorg. Gomen kamu bukan saja kena hantam, kena tukar terus. Ada pikir tak?

  2. HANYA YANG BANGANG SAJA TAK TAHU MANFAAT GST,AKU YANG PANDAPATAN BAWAH 1500K SEBULAN PON TAK KISAH GST,JANJI ADA KEBAIKAN PADA NEGARA N RAKYAT..
    NAK SANGAT SST HAMIK LA PUAS2,SKANG YANG BERTAMBAH KAYA,HAHAHAAAAAAAAA..GOSOK PELOT SAJA MAA,TENGOK MELAYU MAI BILI BALANG,WA UNTUNG BANYAK LORRR…
    PADAN MUKA YANG TERPEDAYA DAKYAH BANGSA DAP….

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.