TERKINI : Program Jelajah Selangor Bekerja 2020 Tawar 10,000 Pekerjaan di 5 Daerah

Program ‘Jelajah Selangor Bekerja 2020’ inisiatif kerajaan negeri sejak dua hari di Gombak dan Paya Jaras telah berjaya menawarkan hampir 10,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang bagi penduduk sekitarnya.

Ianya juga dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembagunan Modal Insan yang juga diterajui oleh Exco Mohd Khairuddin Othman.

Menurut Pengarah Progran Jelajah Selangor Bekerja 2020, Muhammad Shafiy Mazlan kepada MalaysiaGazette, ini merupakan salah satu inisiatif demi menangani kadar pengangguran serta kehilangan kerja ketika pasca pandemik Covid-19 di negara ini.