Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Dakwaan yang menyatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan satu kenyataan yang tidak mewakili pendirian parti itu.

Sebaliknya, ia datang daripada seorang yang hanya ingin meyelamatkan Bersatu dan memecah-belahkan Muafakat Nasional (MN), kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, UMNO dan Pas menyedari bahawa kepentingan utama ialah rundingan kerusi pilihan raya antara keduanya sebagai sebahagian daripada MN.

“Pas pasti menyedari bahawa akan ada kerusi yang UMNO akan bertembung dengan Bersatu. Oleh kerana UMNO bukan sebahagian dari PN, maka apa jua rundingan dengan Bersatu adalah untuk UMNO lakukan terus dengan PN melalui BN,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, UMNO dan Pas mempunyai sinergi yang meyakinkan dan sinergi itu mestilah dioptimumkan pada waktu ini.

Katanya, selain Pas, kerjasama UMNO dengan parti lain adalah berdasarkan formula kemampuan parti tersebut yang memberikan UMNO peluang stratregi dalam mencapai
kebolehmenangan.

Tambah beliau, UMNO bukan dalam misi memberikan ihsan kepada mana-mana pihak untuk bernafas dan meraih kemenangan dengan pertolongannya.

UMNO juga kata beliau, tidak mahu dipaksa menerima sesiapa untuk menjadi rakan politiknya dan hanya jauhari yang mengenal manikam.

“Keutamaan UMNO ialah kemenangan berganda dengan kerjasama Pas. Selebihnya, biar UMNO akan tentukan jalannya sendiri,” ujarnya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa dilapor berkata, UMNO kini tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama Pas sebagai sekutu, seperti rancangan awalnya dahulu.

Katanya, ini memandangkan Pas bertegas UMNO mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, UMNO sangat menghargai setiakawan Pas dan kerjasama keduanya telah banyak membuahkan kebaikan kepada politik Melayu Islam di Malaysia.

Walaupun Pas menyertai PN, UMNO tidak menghalangnya kerana parti itu memahami dan menghormati kedudukan Pas, katanya.

“Lagipun piagam Muafakat Nasional tidak pernah menghalang Pas bekerjasama dengan sesiapapun.

“Maka demikian juga yang UMNO harapkan dari Pas tentang hubungan UMNO dengan Bersatu.

“UMNO yakin Pas tidak akan memaksa UMNO untuk menerima Bersatu apalagi memberikan kerusi kepada Bersatu dengan sewenangnya,” jelas beliau. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Terbaiklah Dato Khalid,
    pecat jek mana2 pemimpin2 UMNO yg jadi anjing si saka tua,
    idea utk memecahbelahkan UMNO dan seterusnya menguburkan UMNO nie mmg daripada si saka tua,
    yg sedihnya apabila ada pemimpin2 UMNO yg bodoh xboleh pikir!

  2. Jangan salah kan ahli bawahan bila PRU akan datang UMNO sekali lagi terkubur.
    Hakikatnya UMNO masih terus menjadi penolakan oleh rakyat yg celik.
    Kes-kes pemimpin UMNO semakin jelas dan benar.
    Selepas mahkamah tinggi menjatuhkan hukuman keatas bekas presiden UMNO
    Itu sbb nya pemimpin pas merasakan bekerja sama dgn UMNO berarti menpalitkan politik pas dgn kekotoran.
    Yang menyebab kan pas akan dipandang membela & bersekongkol dgn perompak.

Comments are closed.