parlimen
Kamarul Zaman Yusoff

KUALA LUMPUR – Pengulas politik, Dr. Kamarul Zaman Yusof hari ini mengesahkan kemenangannya dalam tuntutan saman bernilai RM8 juta ke atas Pegawai Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa Marindo.

Menurutnya, ia keputusan mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 November lalu.

Antara lain, selain membayar RM8 juta, katanya, mahkamah mengarahkan Abdul Aziz membayar faedah pada kadar 4 peratus setahun ke atas gantirugi sebanyak RM10,000 kepadanya.

Menurutnya, ia berpunca daripada 22 kenyataan Abdul Aziz terhadapnya dan antaranya ialah kononnya tidak dapat dipastikan kesahihan kelayakan akademiknya, sibuk dengan urusan agama lain, tergugat dan goyah iman dalam agama Islam yang dianutinya dan kurang didikan agama Islam.

“Begitupun, bagi saya, walaupun kemenangan ini adalah agak manis, ia sebenarnya hanyalah pembakar semangat untuk saya di dalam perbicaraan saman saya ke atas lima pemimpin besar DAP lain yang kesemuanya merupakan ahli Parlimen.

“Saman besar pertama saya adalah saman RM8 juta saya ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, ekoran kenyataan-kenyataan beliau ke atas saya,” katanya.

Seterusnya, kata Kamarul, beliau juga menyaman sebanyak RM5 juta ke atas Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh (RM5 juta), Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang (RM5 juta) dan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng (RM5 juta).

Kelima-lima mereka juga didakwanya membuat kenyataan fitnah terhadapnya.

“Sama-samalah doakan kejayaan saya dalam kelima-lima kes ini dan kes-kes lainnya,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

10 Komen

  1. semoga anda berjaya dalam kes saman..Geng Dap ni memang dah kaya raya setakat 2-10 juta tiada masalah bagi mereka kerana mereka dapat kekayaan daripada kesusahan orang lain .
    Mereka bukan kerap sangat membantu rakyat

  2. Mudah2mudahan saman2 seterusnya yg Dr buat keatas pemimpin DAP akan berjaya, inshallah. Amien

  3. Da kurg komen politik skrg bro..dulu bukan main..skrg saman menyaman je la..masuk politik terus je la bro..letak jawatan pensyarah tu..br tau cmne..

Comments are closed.