Surat yang diterima oleh Syed Saddiq daripada Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan semua ahli Parlimen yang menghadiri sidang Dewan Rakyat hari ini menerima sepucuk surat daripada Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi Twitter dengan ciapan bahawa usul undi tidak percaya turut akan diketengahkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu sebagaimana tertulis dalam surat berkenaan.

“Di meja semua ahli Parlimen, ada surat “cinta” dari YB Tengku Razaleigh, Ahli Parlimen BN, untuk ketengahkan isu “Undi tidak percaya” kepada YAB PM.

“Penolakan datang dari Ahli Parlimen kerajaan sendiri mendapat Budget will be voted on Thursday. Apa pandangan rakan rakan?,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.

Syed Saddiq turut memuat naik gambar surat yang diterimanya di laman sosial berkenaan.

Surat Ku Li enggan hadir sesi Belanjawan 2021 di Parlimen tular

Semalam, tular sepucuk surat di laman sosial mendakwa Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2021 pada Khamis ini.

Surat veteran UMNO itu ditujukan kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Dalam surat tersebut, Tengku Razaleigh atau Ku Li turut menyatakan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang sedang diadakan di Parlimen. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ada org janji nak kasi jawatan PM kot. Tu yg walaupun dah tak relevan, tp masih tergedik buat onar politik.

Comments are closed.