Tengku Zafrul Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR – Kerajaan meluluskan sebanyak 4,937 permohonan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan nilai pinjaman RM1.033 bilion untuk menyokong perniagaan di bawah Pembiayaan PKS PENJANA setakat 13 Nov, 2020.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan juga telah menerima 478 permohonan PKS di bawah Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA atau Pelan Jana Semula Ekonomi Negara.

Pakej itu menawarkan kadar pembiayaan sebanyak 3.5 peratus bagi membantu kalangan usahawan sektor pelancongan dari segi modal kerja dan perbelanjaan modal sehingga tujuh tahun bagi tempoh pembiayaan.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 208 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM41.8 juta,” katanya.

Tengku Zafrul berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-30 mengenai pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan PENJANA yang dikeluarkan hari ini.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast