TERKINI : Pegawai Kanan, Pesara Akademi Latihan Tentera UPNM Dituduh Pecah Amanah

Dua individu iaitu Pengarah dan bekas Komandan Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini dihadapkan ke mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi dua pertuduhan pecah amanah Tabung Kebajikan berjumlah 920 ribu ringgit.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh iaitu Azman Mohamad Yasin yang merupakan Pengarah Akademi Latihan dan Mohamad Adkaa Solahuddin, bekas komandon akademi latihan berkenaan didakwa melakukan pecah amanah ke atas dana bagi akaun Tabung Kebajikan Akademi.