TERKINI : Suasana Pilu dan Suram Mengiringi Persemadian Mendiang Koperal Baharuddin

Pemergian mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban dalam insiden tembakan di sempadan Thailand-Malaysia pagi Selasa lalu dirasai bukan sahaja keluarga bahkan seluruh penduduk Kampung Sungai Sampo, Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan.

Suasana pilu dan suram mengiringi persemadian mendiang Konstabel Baharuddin di Tanah Perkuburan Orang Asli Kg Sungai Sampo yang meninggal dunia selepas terkena tembakan peluru ketika sedang bertugas, semalam.