Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen pembangkang kelihatan tergamam dan gagal mengalihkan keyakinan wakil rakyat lain untuk menyokong Belanjawan 2021 hari ini.

Kesediaan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mendengar denyut nadi dan keluh kesah rakyat sebelum membuat pindaan terhadap Belanjawan 2021 gagal meyakinkan wakil rakyat pembangkang lain untuk meneruskan undi belah bahagi.

Malah keupayaan Tengku Zafrul menjawab dengan tenang dan secara berfakta mendapat pujian daripada Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong sebelum belanjawan negara itu diluluskan dengan suara majoriti.

“Belanjawan 2021 baru saja diluluskan oleh Dewan Rakyat. Menteri Kewangan Tengku Zafrul menjawab dengan tenang dan penuh dengan fakta. Tahniah!

“Pembangkang tergamam dengan penjelasan dan pengumuman YB Menteri Kewangan yang sedia mendengar suara rakyat dan Ahli-Ahli Parlimen.

“Dewan kecoh kerana pihak pembangkang mencari helah untuk tidak menyokong Belanjawan 2021!

“Pembangkang cuba minta undi belah bahagi tapi tak sampai 15 orang YB yang bangun. Maka, Belanjawan 2021 diluluskan dengan lebih suara bersetuju!” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad turut memuji keupayaan Tengku Zafrul sambil mempersoalkan tindakan 13 ahli Parlimen pembangkang yang bangun untuk meneruskan undi belah bahagi walaupun tidak cukup syarat.

Idris Ahmad

“Alhamdulillah Bajet 2021 lulus. Percubaan untuk tolak bajet tidak berjaya. Hanya 13 ahli Parlimen PH bangun untuk undi, belah bagi, tewas sebelum masuk gelanggang untuk tolak bajet. Peraturan Dewan Rakyat perlu 15 orang yang bangun.

“Siapa 13 orang tu? Tahniah Tengku Zafrul tenang dan berfakta,” ciapnya di Twitter miliknya, sebenar tadi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. ALHAMDULILLAH BELANJAWAN NEGARA UNTUK RAKYAT…..bukan HIKAYAT 22 BULAN …kerajaan HANYA ada simpanan RM450juta sahaja mengurus negara dan terpaksa mohon SIMPATI rakyat dengan tubuh TABUNG H ara pan…serta mengecilkan Penjawat Awam DAN ingin MEMANSUHKAN PENCEN serta beberapa skim bantuan lain BRIM peneroka nelayan dsbagainya

Comments are closed.