Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Solidariti UMNO dan Barisan Nasional (BN) terpancar melalui kelulusan Belanjawan 2021.

Itu kata ringkas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Alhamdulillah. Keputusan parti melalui MT (Majlis Tertinggi) UMNO yang menyokong Bajet 2021 dengan dua syarat telah diperakui sepenuhnya,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Sebelum itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk bersama pimpinan UMNO dan BN memberi syarat kelulusan belanjawan hanya akan disokong sekiranya kerajaan meluluskan pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pelanjutan moratorium.

Beliau juga mengetuai rombongan pimpinan UMNO mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz berbincang mengenai belanjawan beberapa hari lalu.- MalaysiaGazette