Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegur pemimpin di dalam parti itu yang membuat kenyataan hingga boleh mengelirukan ahli di peringkat akar umbi.

Menurutnya, ‘kepelbagaian’ pendapat yang diutarakan oleh pemimpin UMNO boleh memberi gambaran seolah-olah parti itu tidak mempunya hala tuju.

Kata Ahmad Zahid, beliau sendiri tidak menggunakan kuasa mutlaknya sebagai Presiden untuk membuat apa juga keputusan, sebaliknya semuanya dibuat dan diputuskan secara berjemaah dengan pemimpin-pemimpin yang lain di dalam parti.

Ujarnya, setelah berbincang dengan semua kepimpinan parti, ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju tetapi akhirnya mereka membuat keputusan agar ‘setuju untuk bersetuju’ dan ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’

“Kenyataan yang dibuat oleh Presiden dan Setiausaha Agung adalah kenyataan rasmi tetapi ada di kalangan kepimpinan yang menggunakan kenyataan peribadinya seolah-olah ia pendapat parti.

“Yang terbaiknya saya hendaklah menutup ‘mulut tempayan’ ini…keputusan peribadi jangan dijadikan pendapat parti…saya nasihatkan mereka agar jangan mengelirukan rakan-rakan di akar umbi,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam wawancara khas program Owh!MG terbitan Malaysia Gazette semalam.

Tanpa menamakan pemimpin UMNO yang ‘bermulut tempayan’ itu, Ahmad Zahid berkata, dalam isu kerja sama dengan parti lain sebagai contoh, UMNO secara jelas membuat pendirian yang ahli-ahli parlimennya menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Pun begitu, tegasnya, UMNO tidak pernah menyertai mana-mana gagasan Perikatan Nasional sebagai ‘parti gabungan’.

Pada masa yang sama, katanya, UMNO juga mempunyai wadah politik yang dipanggil sebagai Muafakat Nasional.

“Antara yang diputuskan adalah UMNO dan Pas tidak akan berlaga sama sendiri dalam kerusi yang dipertandingkan jika ada pilihan raya, kita juga akan guna lambang masing-masing dan ‘chemistry’ mesti diwujudkan di kalangan jentera parti.

“Justeru tidak boleh dibenarkan ada perkara yang boleh memusnahkan penyatuan ini, baik dari luar mahu pun dari dalam parti,” tegasnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. haha PAC pun mulut tempayan. Pecah tembelang Zahid bawa masuk 500,000 pendatang untuk bekerja di Malaysia secara special.
    Boleh baca di NST. MG ini picisan je.
    KUALA LUMPUR: Over half a million “special approvals” were issued between 2016 and 2018 for foreign workers’ admission into the country and former home minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi must provide an explanation for the alarming figure.

    Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) urged Zahid, who is Bagan Datuk member of parliament, to explain himself on the matter.

    This is regarding the recent Public Accounts Committee (PAC) report which found that out of the 928,825 approvals given for foreign workers’ entry, 512,315 or 55 per cent of it were through “special approvals”.

    “I ask Zahid, who was the home minister at the time, to state the reasons he gave the special approval power to mediators instead of going through the regular process.

Comments are closed.