Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pendedahan Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah mengenai kerugian bersih syarikat Urusharta Jemaah Sdn. Bhd. (UJSB) sebanyak RM9.95 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2019 di Dewan Rakyat Rabu lalu, amat membimbangkan.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini jelas menunjukkan Pelan Pemulihan Tahung Haji (TH) yang dianjurkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), gagal.

Selain gagal, kata beliau, ia juga bersifat kosmetik semata-mata bagi menutup kelemahan dasar ekonomi PH yang menyebabkan aset TH bernilai RM9.63 bilion terjejas teruk, sekali gus dijual kepada UJSB dengan penerbitan sukuk berjumlah RM19.9 bilion pada April 2019.

Katanya, menurut Pelan Pemulihan TH kerajaan PH ini juga, UJSB akan menebus kembali sukuk-sukuk tersebut beserta keuntungan berjumlah RM27.56 bilion pada hujung tahun kesembilan.

“Persoalannya, apakah UJSB yang hanya berpendapatan sebanyak RM234 juta sahaja bagi tahun 31 Disember 2019 ini berkemampuan untuk membina dana sebesar RM27.56 bilion bagi menebus sukuk-sukuk tersebut?

“Ketua Audit Negara turut meragui keupayaan UJSB untuk mencapai sasaran tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr. Asyraf berkata, lebih membimbangkan apabila ‘jaminan berbentuk komitmen’ yang sering diuarkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa hakikatnya bukan jaminan kerajaan mengikut Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965.

Atas dasar inilah, Pemuda UMNO Malaysia sejak dari awal tidak yakin dan sinis dengan Pelan Pemulihan TH anjuran kerajaan PH ini kerana menganggap hanya satu konspirasi besar penjualan lambak aset TH dengan mengaburi persepsi rakyat khususnya pendeposit dan menutup kelemahan dasar ekonomi PH.

“Pemuda UMNO kecewa kerana tiada tindakan signifikan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat sebarang salah laku dan penyimpangan dalam TH.

“Walaupun telah berkali-kali dibangkitkan termasuk penyerahan Memorandum Mendesak penubuhan RCI TH kepada Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri.

“Justeru, sekali lagi Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan PN menyegerakan penubuhan RCI Tabung Haji dan menghentikan segera segala transaksi penjualan aset TH termasuk baki 74 peratus ladang-ladang kelapa sawit milik TH Plantations,” katanya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Jahanam TH dikerjakan Pakatan Hancing, biarlah fakta berkata2! Sekarang siapa yang mahu ambil tanggungjawab?

    Stake holders aka para pendeposit mahukan penerangan segera?

  2. Jangan lupa siasat juga TUYUL2 BUTAK yang dihantar Pakatan Hancing kedalam TH semasa mereka berkuasa?

    TUYUL2 BUTAK ini dikatakan sangat pakar dalam menjahamkan TH?

  3. Woii samdol… Skrng TH dibawah bekas Mufti… Korang ingat mufti nk menipu ke penyelewengan ke apa ker.. Bukn mcm korang pnyamun terkenal antrangbangsa

Comments are closed.