Gambar menunjukkan Millen dikawal oleh polis dengan memakai pakaian tahanan dalam penjara

JAKARTA – Personaliti pondan, Millen Cyrus mencetuskan kontroversi setelah dimasukkan ke dalam penjara dengan seorang lelaki atas tuduhan memiliki dadah di Jakarta, minggu lalu.

Memetik laporan sebuah portal berita antarabangsa, pihak berkuasa berbuat demikian kerana dokumen pengenalan dirinya menyatakan beliau sebagai seorang lelaki.

Walau bagaimanapun, kumpulan hak asasi Indonesia, Arus Pelangi yang memperjuangkan hak songsang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) membantah tindakan itu.

Pertubuhan itu mendakwa pihak berkuasa mengamalkan diskriminasi terhadap lelaki pondan tersebut.

Millen, 21, berharap dia akan dipindahkan dari penjara induk lelaki.

Pihak berkuasa Indonesia tidak berganjak dari keputusan menempatkan Millen di dalam penjara lelaki.

Namun, mereka kemudian menempatkan lelaki pondan itu di dalam sel bersendirian.

“Status pelaku adalah lelaki seperti yang dinyatakan dalam kad pengenalannya.

“Walau bagaimanapun, mengambil kira keadaan itu, kita menempatkannya di penjara khas sahaja,” kata jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. bagus polis buat begitu. nanti kena bogel dengan orang dalam tu baru padan muka. kalau masuk sama perempuan nanti dia jadi hero pulak.

Comments are closed.