KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 naik tiga sen bermula esok hingga 4 Disember ini.

Harga RON97 meningkat RM1.94 kepada RM1.97 seliter manakala RON95 naik daripada RM1.64 kepada RM1.67 seliter.

Harga runcit diesel pula naik sebanyak empat sen seliter iaitu daripada RM1.81 kepada RM1.85 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memasikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terperlihara.- MalaysiaGazette