Bob Lokman. foto FB

KUALA LUMPUR – Demi membantu pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman yang kini menderita sakit jantung, Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) mengadakan program Amal Live Fb bagi mengumpul dana.

Menerusi Facebook, IRAMA berkata, Bol Lokman memerlukan RM60,000 untuk membeli alat kawal degupan jantung.

Program Amal Live Fb berkenaan diadakan dengan kerjasama dengan Bapakku FM dan Islamictune bermula 4 Disember hingga 18 Disember 2020.

Untuk rekod, Bob Lokman mengalami masalah jantung sejak 1998 dan kini beliau memerlukan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya.

Sebelum ini IRAMA dengan kerjasama Muzika Malaysia pernah membantu Ali XPDC yang melecur di tangan dan muka selepas disambar api pada Mac lalu menerusi Tabung Kecemasan Kemalangan Penggiat Seni Muzik.-MalaysiaGazette