Carrie Lam. foto Agensi

HONG KONG – Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam mendedahkan beliau perlu menyimpan longgokan wang tunai di rumah kerana tiada akaun bank.

Ini kerana, Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) telah mengenakan sekatan ke atasnya.

Sekatan ke atas Lam dan pegawai-pegawai lain sebagai tindak balas undang-undang keselamatan yang dilaksanakan oleh China di Hong Kong.

Dalam wawancara yang disiarkan pada hari Jumaat malam, Lam berkata, beliau “menggunakan wang tunai setiap hari untuk semua perkara”.

“Duduk di hadapan anda adalah ketua eksekutif Hong Kong yang tidak diberi perkhidmatan perbankan untuknya.

“Saya mempunyai timbunan wang tunai di rumah, kerajaan bayar gaji saya secara tunai,” tambahnya.

Lam berkata, beliau rasa “sangat terhormat” menjadi mangsa “sekatan yang tidak wajar” oleh pemerintah AS.

Pegawai tertinggi Hong Kong ini dikatakan menjadi salah seorang pemimpin dengan gaji tertinggi di dunia. – MalaysiaGazette