KWSP menutup sementara cawangannya di Pekan berikutan daerah itu diletakkan bawah PKPD selama dua minggu.

KUALA LUMPUR – Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, majikan yang mengurangkan gaji tanpa persetujuan pekerja akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

“Pengurangan gaji bukan perkara yang mudah dan ia harus mendapat persetujuan pekerja, majikan boleh dikenakan tindakan jika melakukannya tanpa persetujuan terlebih dahulu,” katanya kepada China Press.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan pekerja yang khuatir dengan kebenaran pengeluaran sehingga RM10,000 daripada KWSP, majikan akan mengambil kesempatan untuk mengurangkan gaji pekerja.

Shamsuddin berkata, majikan biasanya akan melakukan pengurangan gaji kerana mahu memastikan keberlangsungan syarikat, tetapi ia mesti mendapat persetujuan pekerja.

Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan kebenaran untuk pekerja mengeluarkan simpanan daripada KSWP.

“Pengeluaran ini adalah untuk membantu pekerja menghadapi masalah kehidupan pada masa ini, walaupun pengeluaran simpanan akan menjejaskan persaraan mereka,” katanya. – MalaysiaGazette