Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Azmin Ali ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 21 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang merujuk dirinya sebagai ahli politik ‘bidan terjun’ dibidas PKR.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti itu, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, kenyataan Azmin yang tidak tertarik untuk aktif dalam politik selepas dibuang pada 1998 hanyalah pembohongan semata-mata.

“Bagi Azmin Ali merujuk dirinya sebagai ahli politik ‘bidan terjun’ hanyalah demi menipu diri sendiri.

“Seluruh rakyat Malaysia tahu bagaimana Azmin suka menunggang orang demi memuaskan kerakusan nafsu.

“Kepercayaan yang telah diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepadanya telah dikhianati apabila wujud peluang untuk mengisi vakum kuasa,” kata Ramanan dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam temubual bersama akhbar The Star, Azmin berkata, beliau berkhidmat untuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembantunya selama 15 tahun dan tidak tertarik untuk aktif dalam politik selepas dibuang pada 1998.

Dalam pada itu, Ramanan menasihatkan agar Ahli Parlimen Gombak itu tidak terlalu gopoh dalam mencapai cita-cita beliau.

“Janganlah bersifat bongkak dan memburukkan DSAI hanya kerana mendapat jawatan menteri kanan dari Muhyiddin.

“Naik dan jatuh adat politik tapi mandat rakyat hanya boleh dimiliki jika seorang pemimpin itu ikhlas,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Mula2 guna manifesto TIPU, ramai yang menang, kemudian Atok TIPU seseorang untuk diangkat menjadi PM kononnya, tapi tidak pula dinyatakan tarikh dalam suart perjanjian!

    Hok diatas ni pula, siapa TIPU siapa? InsyaAllah masa akan merungkai?

  2. Sedar lah wahai pengkhianat Azmin
    Kamu diterima kedalam PKR pun sbb ehsan kk Wan dari desakan Ezam.
    Tapi percayalah…
    Akhiran dari politik kotor kamu akan kami@rakyat saksikan nnti…
    Bila kamu sudah hilang kuasa.
    Seperti mana bossku Najib.

Comments are closed.