BAHRAIN – Pemandu pasukan Formula satu (F1) Haas, Romain Grosjean, terselamat daripada kebakaran besar apabila jentera yang dipandunya meletup dan terbelah dua setelah melanggar penghadang pada perlumbaan Grand Prix Bahrain malam ini.

Pemandu warga Perancis berusia 34 tahun itu menukar haluan selepas melepasi tiga selekoh lalu melanggar halangan dengan impak tekanan graviti atau G-force pada kadar 53G.

Perlumbaan dihentikan berikutan kemalangan itu.

Pasukan Haas melaporkan Grosjean berjaya keluar daripada jenteranya.

Ulang tayang yang disiarkan di kaca televisyen menunjukkan Grosjean berjalan terincut-incut dibantu seorang pegawai perubatan meninggalkan lokasi kebakaran.

Jentera yang dipandu Grosjean terbelah dua akibat hentaman daripada kemalangan tersebut yang mana sebahagian daripadanya menembusi penghadang tersebut.

Seorang jurucakap Haas berkata: “Romain melecur pada tangan dan buku lalinya namun beliau OK. Dia kini berada bersama-sama dengan doktor,”. – MalaysiaGazette