Kapal pengangkut pesawat Nimitz

WASHINGTON – Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Nimitz, dikerah ke Teluk pada minggu ini, beberapa hari sebelum pembunuhan saintis Iran.

Bagaimananpun, Tentera laut AS berkata, kerahan tersebut tidak mempunyai hubungan dengan sebarang ancaman spesifik.

“Tiada ancaman spesifik yang tercetusnya dengan kepulangan Kumpulan Serangan Kapal Pengangkut Nimitz ini,” kata jurucakap Angkatan Kelima Tentera Laut AS yang berpengkalan di Bahrain,  Panglima Rebecca Rebarich dalam satu kenyataan selepas kapal pengangkut pesawat itu dikerahkan ke kawasan tersebut pada Rabu lalu.

Saintis Iran, Mohsen Fakhrizadeh, yang disyaki oleh barat sebagai dalang program bom nuklear rahsia, dibunuh dalam satu serangan hendap dekat Tehran pada Jumaat lalu, mencetuskan risiko konfrantasi antara Iran dengan musuhnya, Presiden Donald Trump.

Rebarich berkata, kerahan itu mempunyai kaitan dengan pengunduran tentera AS di Iraq dan Afghanistan.

“Tindakan ini adalah bagi memastikan kami mempunyai keupayaan yang mencukupi untuk bertindak balas terhadap sebarang ancaman dan untuk menghalang sebarang musuh daripada bertindak menantang tentera kami semasa pengurangan tentera,” kata beliau. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.