KUALA LUMPUR – Hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara popular Ain Edruce kini disahkan hamil empat bulan.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Ain menerusi saluran YouTube miliknya iaitu ‘Ain Edruce’.

Dalam video berkenaan Ain memaklumkan perkara berkenaan kepada suaminya yang dikenali sebagai Amirul.

“Ain rasa sudah tiba masanya untuk Ain kongsi semuanya. Yes, I’m pregnant. Ain mengandung, alhamdulillah…

“Sebelum memang ada orang cakap nampak baby bump, tapi Ain tak boleh nak cakap apa-apa sebab terlalu awal dan sekarang Ain dah boleh share kat korang,” kongsinya di video berdurasi 13.28 saat itu.

Ain atau Nurulain Edruce  berkata hanya menyedari dirinya berbadan dua, beberapa hari sebelum dia suami pergi bercuti ke Langkawi baru-baru ini.

“Buat sesetengah orang tahun 2020 banyak sangat benda tidak elok terjadi, kerja susah, rezeki kurang. Namun bagi Ain, 2020 ini hari yang paling diingati dan tak boleh lupa sebab saya hamil,” katanya.

Dia berkahwin dengan ahli perniagaan Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 selepas mengikat tali pertunangan selama enam bulan. –MalaysiaGazette