Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata pasangan itu, Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28, merancang bernikah pada Jumaat ini.
Polis sedang mengesan enam individu iaitu empat lelaki dan dua wanita, bagi membantu siasatan kes penipuan ke atas seorang wanita berjumlah RM1.8 juta.

KUALA LUMPUR – Polis menahan 10 individu yang disyaki terbabit dalam kejadian samun dan tetak seorang bekas penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Bukit Bandaraya, Bangsar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Anuar Omar mengesahkan penahanan tersebut yang dilakukan setakat malam tadi.

Menurutnya, perincian mengenai tangkapan tersebut akan didedahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin dalam satu sidang media hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi semalam, Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, maut akibat ditetak dalam kejadian samun di rumahnya, manakala isterinya, Sarifah Yusof, 70, cedera di tangan kanan akibat ditetak.

Mangsa dipercayai ditetak dengan parang apabila cuba melawan dua lelaki tidak bertopeng yang memecah masuk dari tingkap dapur banglo dua tingkat itu. – Bernama