Universal Studios Japan memaklumkan Super Nintendo World akan dibuka di Universal Studio Osaka pada 4 Februari 2021

TOKYO – Universal Studios Japan akan membuka kawasan bertemakan Nintendo di taman temanya di Osaka pada 4 Februari depan.

Menurut taman tema tersebut, kawasan bertemakan Nintendo itu akhirnya akan dibuka selepas tertangguh akibat penularan pandemik Covid-19.

Kawasan Super Nintendo World akan menampilkan perlumbaan Mario Kart dan tarikan-tarikan lain berasaskan permainan Nintendo.

Super Nintendo World pada asalnya dijadualkan dibuka serentak dengan Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagaimanapun terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik.

Universal Studios Japan dimiliki oleh Comcast Corp. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast