TERKINI : Kerajaan Dijangka Peroleh RM500juta Cukai Durian Runtuh Sawit Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Industri sawit negara dijangka menyumbang sebanyak RM500 juta dalam cukai ‘durian runtuh’ pada tahun depan sekiranya harga komoditi itu kekal di atas paras RM3,000 satu tan.

Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kerajaan diunjur memperoleh RM348 juta menerusi cukai tersebut tahun ini, dipacu peningkatan harga sawit yang kini mencecah lebih RM3,400 bagi setiap tan.