KUALA LUMPUR – Perkongsian artis Hairul Azreen baru-baru ini ternyata menyentuh hati ramai warganet apabila berkongsi detik-detik perpisahan keluarganya dengan pembantu rumah.

Menerusi Instagram, Hairul memuatnaik video isterinya Hanis Zalikha menangis melepaskan pembantu rumah yang bakal pulang ke Filipina.

“Begitulah isteri saya. Thank you for everything Melany , take care,” tulisnya.

Dalam video berdurasi 2:32 saat itu, kelihatan dua anaknya Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah memeluk erat pembantu mereka, Melany.

Haniz Zalikha kelihatan berat berpisah dengan Melany apabila beberapa kali memeluknya dan air matanya tidak putus-putus.

Selain rakan selebriti yang lain, rata-rata netizen yang meninggalkan komen turut sebak melihat momen perpisahan itu. – MalaysiaGazette