KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tercampak keluar apabila kenderaan yang dipandu bapanya yang terbabas di atas jejambat.

Kanak-kanak yangb tercampak keluar dari Toyota Estima itu terjatuh ke dalam bilik pameran kereta di bawah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkfly Yahya berkata, dalam kejadian jam 5.40 petang Jumaat lalu di Lebuhraya Duke, pemandu kenderaan itu tidak mengalami kecederaan.

Toyota Estima terbabas akibat hilang kawalan di Lebuhraya DUke mengakibatkan kanak-kanak di tempat duduk penumpang belakang tercampak dan terjatuh dari Flyover sehingga retak peha kaki kiri dalam kejadian Jumaat lalu.Foto Trafik KL

“Semasa kejadian Toyota Estima berwarna putih yang dipandu lelaki tempatan berusa 41 tahun itu sedang dalam perjalanan ke arah Jalam Tun Razak (dari Gombak) dipercayai terbabas sendiri.

“Kemalangan berlaku semasa melalui selekoh di jejantas Lebuhraya Duke, tiba-tiba kereta Estima terbabas sendiri akibat hujan lebat lalu melanggar tembok kiri jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, akibat kemalangan itu seorang kanak-kanak perempuan yang duduk di tempat duduk penumpang belakang tercampak dari tingkap sisi belakang kanan dan jatuh ke bawah dari flyover (jejantas).

“Mangsa yang tercampak ke bawah didapati terjatuh di atas kereta yang parkir di showroom SBM Credit di Jalan Pahang.

“Mangsa telah mengalami kecederaan keretakan pada peha kaki kiri sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) melalui ambulans dan kini mendapat rawatan di wad kanak – kanak.

“Pemandu kereta Estima terselamat tanpa kecederaan dan kenderaanya mengalami kerosakan teruk di bahagian penjuru kanan tempat duduk penumpang. – MalaysiaGazette