Polis dan Penyiasat kematian Maradona membwa keluar dokumen perubatan dari pejabat doktor peribadi mendiang Maradona iaitu Pakar Neurologi Leopoldo Luque bagi membantu siasatan kes.

BUENOS AIRES- Legenda bola sepak dunia, Diego Maradona didakwa jatuh di rumahnya sebelum tercedera di kepala beberapa hari sebelum meninggal dunia.

Malangnya pemain ikon Argentina itu tidak dirujuk ke hospital untuik rawatan kecederaan di kepala sebaliknya dibiarkan tanpa penjagaan selama tiga hari.

Itu pengakuan mengejut salah seorang jururawat yang bertanggungjawab menjaga kesihatan Maradona di kediamannya di Tegre.

Insiden itu dilaporkan menimpa mendiang seminggu sebelum dia meninggal dunia.

Akhbar Itali, La Repubblica mendakwa Maradona yang menjalani pembedahan pembekuan darah pada otak awal November lalu tidak dibawa untuk menjalani ujian MRI atau imbasan CT selepas terjatuh dan mengalami kecederaan di kepala di kediamannya.

Peguam yang mewakili jururawat yang bekerja untuk Maradona dilaporkan sebagai berkata, Maradona jatuh di lantai beberapa hari sebelum dia meninggal dunia.

“Dia jatuh pada Rabu dan tercedera di kepala di bahagian kiri (dibedah) tetapi mereka membiarkan dia begitu sahaja dan tidak merujuk Maradona ke hospital untuk imbasan CT atau MRI,” dakwanya.

Pendedahan itu terbongkar selepas doktor peribadi Maradona, Leopoldo Luque disiasat polis Argentina atas dakwaan kematian Maradona diselubungi kecuaian rawatan dan perubatan hasil laporan ahli keluarganya.

Justeru laporan sama mengesahkan spekulasi media Argentina bahawa Maradona tinggal keseorangan di rumahnya ketika meninggal dunia pada usia 60 tahun.

Pakar neurologi yang juga doktor peribadi mendiang Maradona mempertahankan dirinya dan mendakwa dia memberikan rawatan terbaik untuk maradona sehingga saat akhir sebelum ditemui mati di bilik tidurnya di rumah Tigre.Foto Ihsan Associated Press.

Laporan awal autopsi mendedahkan Maradona meninggal dunia akibat kegagalan jantung berfungsi.

Dia meninggal dunia dalam tidur pada minggu lalu.

Jururawat sama juga mendakwa dia bercakap dengan Maradona pada hari Jumaat sebelum kematiannya tetapi dipecat pada Sabtu.

Selain itu peguam juga Rofolfo Baque mendakwa bekas pemain Barcelona dan Napoli itu ditinggalkan keseorangan selama tiga hari di rumahnya selepas insiden itu.

“Maradona ketika itu berada dalam keadaan lemah dari segi kesihatan dan tidak berupaya membuat sebarang keputusan selepas jatuh di rumah dan ditinggalkan keseorangan dalam bilik tidurnya tanpa penjagaan dan bantuan segera,” keluhnya mengenangkan nasib sedih yang menimpa mendiang.

Justeru anak saudaranya yang tinggal bersama Maradona diaporkan individu terakhir melihat dia hidup pada waktu sarapan sehari sebelum menghembuskan nafas akhirnya.

“Maradona telah memaklumkan kepada sepupunya itu bahawa dia tidak sihat sebelum kembali ke katil dan meninggal dunia dalam tidur keesokan hari.

Bagaimanapun penyiasat diberitahu Maradona tidak bangun dari katil pada Rabu untuk bersarapan sebelum polis menemui roti sandwich yang tidak dimakan di bilik Maradona ketika ditemui meninggal dunia.

Jururawat pada malam terakhir itu memberitahu polis, Maradona tidur dengan keadaan bernafas normal tanpa masalah sebelum mati tetapi pasukan perubatan mendakwa dakwaan jururawat itu tidak benar dan dia tidak masuk ke bilik tidur Maradona.

Pada Ahad lalu polis telah menggeledah rumah doktor peribadi Maradona, Luque dan membawa keluar kesemua barang perubatan yang terlibat dalam penjagaan kesihatan selepas anak perempuannya Dalma dan Giannina memberi kenyataan mempersoalkan tentang aspek perubatan yang diterima mendiang bapanya.

Kesemua dokumen menunjukkan Dr Cosachov meminta penjagaan jururawat dan pakar 24 jam kepada Maradona sebelum kematiannya tetapi Luque didakwa tidak membuat persiapan tersebut.

Justeru ahli keluarganya mengesyaki Luque terlibat dalam perbuatan pembunuhan moral secara ‘perubatan’ ke atas Maradona selain kelewatan rawatan ke rumahnya.

Bagaimanapun pada Isnin lalu, Luque secara emosi mempertahankan diri dalam kenyataanya bahawa dia mengambil berat tentang kesihatan Maradona dan legenda itu tidak terurus serta sepaturnya dirujuk ke pusat rehabilitasi.

“Saya terkejut apabila polis berdiri di pintu rumah saya tetapi saya terus memberi kerjasama yang diperlukan dalam siasatan ini kerana tiada apa apa yang perlu saya sembunyikan dan berani kerana benar.

“Saya tahu apa yang saya lakukan sehingga ke saat akhir sebelum kematian Maradona, segalanya terbaik yang mampu,” dakwanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast