Persiapan pilihan raya umum antara topik perbincangan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang diadakan hari ini.-Gambar FB Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR – Persiapan pilihan raya umum antara topik perbincangan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang diadakan hari ini.

Pengerusi PN yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka juga membincangkan soal memperkemaskan gabungan parti-parti anggota PN, memperkukuhkan kerjasama dengan parti-parti dalam kerajaan dan melaksanakan program segera untuk memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara.

“Majlis Tertinggi PN terus komited untuk menzahirkan aspirasi Kerajaan dan rakyat seluruhnya,” katanya yang juga Perdana Menteri dalam hantaran Facebooknya malam ini.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pimpinan utama parti dalam PN.- MalaysiaGazette