Chiong Ah Kaw @ Cheong Leong Kim dan Li Quin.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

Lelaki yang dikesan tersebut ialah Chiong Ah Kaw @ Cheong Leong Kim, 75, yang mempunyai alamat terakhir
di No.22, Pangsapuri Seri Mesra, Jalan Bahagia 29, Taman Seri Bahagia, 56000 Kuala Lumpur.

Manakala wanita yang dikesan pula ialah Li Quin yang merupakan seorang warga China berusia lingkungan 30- an dan pemegang pasport antarabangsa E32395179 serta pas lawatan sosial.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-509 8947. – MalaysiaGazette