Pesawat 737 Max. foto Agensi

CHICAGO – Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) telah mengeluarkan sijil kelayakan pertama untuk pesawat Boeing 737 MAX yang dibangunkan sejak Mac 2019, kata agensi itu.

FAA telah menarik semula perintah menghentikan operasi pesawat itu yang dikuatkuasa selama 20 bulan pada 18 November lalu selepas berlaku dua nahas yang mengorbankan 346 orang penumpang.

FAA memerlukan satu siri perubahan perisian dan keperluan latihan juruterbang yang baharu sebelum pesawat berkenaan dapat kembali berfungsi.

Boeing mempunyai kira-kira 450 pesawat 737 MAX yang telah dibangunkan sejak 2019 dan sedang menunggu persetujuan oleh FAA sebelum tempahan dapat dihantar kepada syarikat-syarikat penerbangan.

Boeing enggan mengulas mengenai kelulusan FAA.

“Kami menjangkakan jumlah pemeriksa yang mencukupi untuk memenuhi jadual penghantaran yang dirancang Boeing pada masa akan datang. Kami akan menangguhkan Boeing dalam membincangkan rancangan pembuatan dan penghantaran” kata jurucakap FAA, Lynn Lunsford.

FAA secara berasingan minggu lalu meluluskan rancangan latihan American Airlines untuk juruterbang meneruskan penerbangan 737 MAX.

Kelulusan itu membuka jalan bagi American Airlines untuk meneruskan penerbangan MAX mulai 29 Disember setelah menyelesaikan ujian yang diperlukan dan peningkatan perisian ke atas pesawat-pesawat.

American Airlines merancang untuk memulakan penerbangan MAX setiap hari dari Miami ke lapangan terbang LaGuardia di New York.

Dengan itu, ia menandakan MAX akan beroperasi semula di ruang udara.

Jumlah tunggakan penghantaran Boeing dianggarkan kira-kira AS$16 bilion, menurut unjuran firma pelaburan Jefferies. – MalaysiaGazette