Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi bulan November diaktifkan untuk pekebun-pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran bulan November 2020 mulai 1 hingga 31 Disember 2020.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata, IPG teraktif bagi bulan November 2020 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak masing-masing dengan bayaran lima sen sekilogram, 30 sen dan 25 sen. – MalaysiaGazette