MANCHESTER – Bekas pemain Manchester United, Gary Neville mencadangkan kepada Persatuan Bola Sepak England (FA) dan Liga Perdana Inggeris (EPL) agar pemain baharu menjalani latihan diversiti.
Cadangan Neville menyusul selepas pemain United, Edinson Cavani membalas mengucapkan ‘Gracias Negrito’ yang bermaksud terima kasih dalam Instagram bagi membalas ucapan tahniah kerana menjaring dua gol ketika menentang Souhampton.
Ungkapan ‘Gracias Negrito’ itu didakwa membawa konotasi berbaur perkauman di England.
Pemain itu telah memadam status tersebut setelah dimaklumkan rakannya bahawa ia membawa maksud kontroversi agak sensitif di negara berkenaan.
FA England sedang menyiasat perkara itu.
.Walaupun pemain Amerika Latin dari Uruguay yang baru berhijrah Ogos lalu dari Paris Saint Germain secara percuma, dia tidak menyedari konotasi itu membawa maksud perkauman dalam perterjemahan bahasa Inggeris dan sudah memohon maaf atas kesilapan yang tidak sengajanya itu.
Namun ia mencetuskan kritikan pemain England sehingga ada yang mahu hukuman lebih berat dikenakan.
Peraturan baharu FA England memperuntukan sebarang mesej atau status berkontroversi berbaur rasis membolehkan seseorang pemain digantung tiga perlawanan hingga lapan perlawanan.
Sebelum ini rakan senegaranya Luis Suarez pernah digantung lapan perlawanan selepas didapati bersalah mengeluarkan mesej berbaur perkauman ke atas bekas pemain pertahanan United, Patrice Evra.
Manchester United dalam kenyataan rasmi semalam menjelaskan pemain itu dan kelab sentiasa menentang diskriminasi kaum dan perbuatan pemain tersebut adalah tanpa niat dan tidak sengaja.
“Pemain-pemain dari benua lain yang menyertai EPL perlu melalui latihan khusus diversiti yang mendidik mereka mengenai diversiti dan diskriminasi.
“Kita dengar kedua-dua perkataan itu tetapi sehingga kini FA gagal melaksanakan kurikulum itu terhadap pemain, ahli dan juga penyokong secara mandatori.
“Persoalannya kenapa Cavani tidak dilibatkan dalam latihan dan pendidikan itu saat dia datang ke negara ini?” kata Neville dalam wawancara bersama SkySports.
Neville menambah, sekiranya kerajaan mahu mencegah diskriminasi, diversiti dan latihan pendidikan perlu dijadikan subjek kurukulum di sekolah dan di dalam aktiviti sukan. – MalaysiaGazette