Jumlah kes keseluruhan ketika di sidang media Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah megenai perkembangan terkini COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 02 DISEMBER 2020.

PUTRAJAYA – Sejumlah 851 kes baharu positif Covid-19 hari ini dengan 249 daripadanya di Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat empat kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula sebanyak 847 kes.

Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes
harian sebanyak 334 kes (39.2 peratus). Daripada jumlah
ini, negeri Selangor melaporkan sebanyak 249 kes (74.6 peratus).

“Jumlah pelaporan kes harian kedua tertinggi pula dicatatkan oleh negeri Sabah iaitu sebanyak 229 kes dan diikuti dengan negeri Johor sebanyak 102 kes,” katanya dalam sidang media harian di sini hari ini.

Daripada jumlah keseluruhan 68,020 kes, kes aktif keboleh jangkitan pula adalah 10,686 kes manakala kes sembuh sebanyak 658.

Dua lagi kes kematian direkodkan hari ini melibatkan dua lelaki iaitu seorang warganegara berusia 84 tahun dan bukan warganegara di Sabah

“Jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 365 kes,” kata Noor Hisham lagi.

Beliau juga berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan lima lagi kluser iaitu Kluster Desa melibatkan daerah Kepong, Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di Kuala Lumpur serta daerah Gombak di Selangor dengan 25 kes positif.

Kluster lain adalah Kluster Impian melibatkan 9 kes, Kluster Jernai dengan 13 kes positif, Kluster Seri Wangsa di Titiwangsa melibatkan 8 kes, dan Kluster Baloi di daerah Johor Bahru dan Pontian dengan 30 kes positif Covid-19. – MalaysiaGazette