KUALA LUMPUR – Datuk Affendi Zahari dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa dari 19 Oktober 2020.

Beliau menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada 18 Oktober lalu.

Affendi erupakan pemegang Ijazah Sarjana LLB (Hons) daripada Universiti Buckingham pada tahun 1988 dan memperolehi Sijil Amalan Guaman di Malaysia pada tahun 1992.

Sebelum ini, beliau pernah menjadi Pengerusi PKB selama tiga tahun dari 3 Ogos 2015 sehingga 15 Ogos 2018. – MalaysiaGazette