Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan levi pelbagai peringkat dari 1 Januari 2021 sehingga 1 Julai 2021 berikutan impak pandemik Covid-19 yang melanda negara ini.
Menurut Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, pihaknya yang bermesyuarat bersama-sama Kementerian Sumber Manusia (KSM) membuat keputusan itu kerana Covid-19 telah menjejaskan pertumbuhan industri dan membantutkan operasi perniagaan.