KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berpendapat kehilangan sokongan pada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpunca dari beberapa perkara yang tidak disenangi UMNO Perak.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, dua isu utama ialah penjualan ladang sawit 15,000 hektar milik kerajaan negeri secara rundingan terus tanpa tender dan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Perak.
“Pada tahun lepas, Allahyarham ADUN Slim UMNO (Datuk Khusairi Abdul Talib) telah memberi amaran kepada kerajaan PH serta Menteri PH dulu untuk tidak menjual ladang sawit 15,000 hektar pada ketika harga minyak sawit murah kepada sebuah syarikat Taiko Plantations Pte Ltd yang berpengakalan di Singapura.
“Ladang ini dah lama dimilik kerajaan Perak di bawah BN dan Allahyarham ADUN Slim pernah menjadi pengerusi syarikat kerajaan negeri yang memiliki ladang itu,”katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Hari ini, Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan majoriti ADUN dalam usul ‘keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar’ (undi percaya) yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Dalam undi sulit terhadap usul itu, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang hanya menerima 10 undi menyokong beliau sebagai Menteri Besar manakala 48 ADUN tidak menyokong dan satu berkecuali.
Usul tersebut dibawa oleh ADUN Pengkalan Baru daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abd Manap Hashim.
Najib berkata, Allahyarham pernah menyatakan nilai ladang tersebut adalah sebanyak RM1.03 bilion dan memberi keuntungan besar sebanyak RM40 juta setiap tahun kepada negeri Perak sebelum pertukaran kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Tambah beliau, selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak tumbang dan Ahmad Faizal terus meminpin Perak di bawah Pakatan Nasional (PN) penjualan ladang tersebut dilakukan secara rundingan terus tanpa tender walaupun harga minyak sawit kini mencecah RM3,400 satu tan berbanding RM1,800 hingga RM2,000 satu tan tahun lalu.
Harga jualan yang diumum pada bulan April 2020 selepas kerajaan PN Perak ambil alih ialah RM342 juta sedangkan nilai keseluruhan ladang itu adalah RM1.03 bilion mengikut apa yang dimaklumkan oleh pengerusi terdahulu atau hanya 35% daripada harga asal.
Sementara itu, Najib memberitahu, pelantikan ADUN Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politik Ahmad Faizal tanpa merujuk dan mendapat persetujuan daripada kepimpinan UMNO negeri turut menjadi punca kepada kehilangan sokongan kepada Menteri Besar itu.
Ujarnya, UMNO Perak sudah lama berjaga-jaga setelah Bersatu Perak mengambil beberapa orang ADUN UMNO selepas PRU14 yang menyaksikan satu perjanjian dibuat apabila kerajaan PN Perak dibentuk selepas PH jatuh pada bulan Mac.
“Antaranya ialah setiap pelantikan politik perlu mendapat persetujuan parti masing-masing.
“Walaupun UMNO telah beberapa kali memberi amaran kepada MB Perak untuk tidak lantik ADUN UMNO menjadi setiausaha politik dia, MB Perak tidak mahu hirau,” katanya sambil menambah tindakan tersebut seolah-olah UMNO Perak dan perjanjian antara parti tidak penting.
Dalam pada itu, Najib menafikan dakwaan UMNO Perak berpakat dengan DAP dan PKR untuk menumbangkan Menteri Besar Perak itu.
“Ini tidak benar sebab PH Perak dah lama tunggu peluang untuk tumbangkan MB Perak sebab PH rasa mereka pernah dikhianat MB Perak yang juga membawa lari beberapa ADUN PH pada bulan Februari tahun ini.
“Sebab itu, PH Perak tak akan beri undi sokong kepada MB Perak apabila undi percaya dilakukan dalam DUN Perak,” ujarnya. – MalaysiaGazette
dari najib ni xboleh nak percaya sangat.dia sendiri dah disabit dan masih lg dalam perbicaraan. xcukup dengan tu dia dan beberapa pemimpin lain kantoi sepakat dengan anwar untuk jatuhkan muhyiddin. buktinya ketua pemuda umno malaysia siap kaitkan kisah lama pas tahaluf siyasi DAP. dia kata “kalau pas boleh kenapa BN x?”. lg bila pas minta penjelasan, umno juga nak tanya balik. jd apakah ini menunjukkan umno DAH insaf?smpai sekarang kwn2 dr MCA dan MIC yang lancang menentang Islam pun xberani lawan. kita nak ke BN memerintah semula?jgn hanya ingat pemerintahan PH.tapi ingat balik masa pemerintahan BN, apa y dibuat. mula buang pekerja MAS zaman BN.dan bkn MAS je.melarat ke agensi lain.da tu melarat lagi ke harga minyak. xpernah rm2.00 seliter.harga barang mula laju naik lebih dr 3 kali setahun masa zaman BN atas sebb laksana GST.tgk kesan drpd semua tu, smpai sekarang pengilang dn pnjual xnk turunkan harga barang. gaji pnjawat awam masih lagi ditakuk lama.y rm1,200 masih lg smpai sekarang wlpn skrg PN memerintah.bkn xblh bt.blh tp mcm mne nak buat kalau BN sendiri masih ugut mcm2?sampai nk jawatan TPM.. Islam ajar ea hdup ni kene rebut jwatan?dasat org2 umno. nk masuk sorga kene pegg jwtn rupanya. mg presiden nmpk diam je tp khadam umno tlg ckp bg pihak presiden.hanya bg guide line.nk ckp msti lebih kn umno. jd nti bila rkyt da bising, acah la presiden bru nk brckp.acah..ni semua taktik la umno oi.
Ya sebab tu kita kasi bungkus kerajaan PH kau tu Void oii
Najib manusia paling suci lagi murni. Apa yg dia cakap semua betul. Dia hampir sama level malaikat
Wah! Syarikat Taiko! perghhh PAS pun sokong syarikat Taiko kah? Sokong ada makna kah? haa
Kalau betul Azumu jual aset kerajaan negeri tanpa pertimbangan yg benar, mmg patut kena tolak. Tak kira siapa, hatta Najib sendiri pun kami dah tolak kalau melingkup aset rakyat
MANUSIA MUDAH LUPA.Melayu mudah lupa.UMNO, PAS’, PKR juga mudah lupa atau buat2 lupa.Semuanya hampir serupa tapi tak sama.