Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR – Keputusan Persidangan Semula Sesi ke-63 Suruhanjaya Dadah Narkotik menerima usul mengugurkan kanabis dan resin tidak mengubah status kawalan bahan berkaitan di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kanabis dan bahan berkaitan kanabis kekal di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang melanggarnya.

“Bagi peringkat antarabangsa, keputusan Suruhanjaya Dadah Narkoti tersebut untuk menggugurkan kanabis dan resin kanabis dari Jadual IV Konvensyen 1961 juga tidak melonggarkan kawalan antarabangsa
terhadap kanabis kerana ia masih kekal dikawal ketat di bawah Jadual I Konvensyen 1961.

“Malaysia sebagai ahli dalam ketiga-tiga Konvensyen Dadah Antarabangsa iaitu Konvensyen 1961, Konvensyen Mengenai Bahan Psikotropik 1971 dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Perdagangan Haram Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik 1988 kekal komited untuk membanteras jenayah narkotik di peringkat domestik serta global,” katanya dalam kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette