full scale MCO Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. parliament sitting Malaysia
Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020.

KUALA LUMPUR – Pas memutuskan untuk tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan baharu Perak selepas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijatuhkan menerusi usul undi percaya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, hari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, walaupun tidak akan bersama kerajaan baharu, Pas akan terus berperanan seperti biasa dalam masyarakat di peringat negeri mahupun nasional.

Beliau menjelaskan, Pas mengambil maklum keputusan Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak dalam sidang DUN itu hari ini dan tiga ADUNnya mengundi menyokong Ahmad Faizal selaras dengan pendirian Lajnah Politik Pas Pusat.

“Maka selaras dengan keputusan tersebut, Pas Pusat telah membuat ketetapan untuk tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu.

“Kita akan tetap berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pendirian Pas Perak selepas Ahmad Faizal secara automatik tidak lagi menjadi Menteri Besar selepas 48 dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membuat undian tidak bersetuju dalam undi belah bahagi.

Dalam undi itu, Ahmad Faizal hanya mendapat 10 undi menyokongnya, manakala satu lagi berkecuali.

Berikutan itu, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadap Sultan Perak untuk memaklumkan situasi persidangan DUN pagi tadi dan kedudukannya yang dicabar menerusi usul undi percaya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. baguslah.kalau lantik nanti berubah lagi.baik jadi wakil rakyat biasa je. semangat setia kawan.jatuh bangun sama2. harap2 rakyat nampaklah taktik umno ni.mulut brkata manis tapi belakang tamak. berani ke umno nk cakap pasal Islam?dgn mca xberani.dgn mic xberani.isu kuil roboh pun diam. Islam ape mcm tu?sepatutnya jelaskn kt mic.tp ni diam. lemahnya umno. hanya nampak jawatan sahaja. siap cakap “umno xboleh bantu rakyat kalau tak ada jawatan.”..sape ckap tu? bkn YB Tajuddin ke?banyak xpuas hati dlm umno ni kebnyakkannya mereka yang bermasalah.y dikaitkan dgn kes mahkamah dn mereka y ada masalah moral.sbb tu mahathir kluar.kita dok hentam dr.M pdhal xsemua dr.M ckp tu salah. skrg da trbukti..baik tukar je slogan umno tu guna “Islam tidak dihayati, jawatan dihati”..tu sepatutnya slogan umno.

  2. Pas ada prinsip…prinsip PAS ialah menyokong katak2 lompat..dan menyokong manusia yg menikam rakan MN..dan prinsip PAS juga, dua2 dia tibai..PN pun dia sebat, MN pun dia sebat! Tp sebab PN bagi dia lebih banyak untung, banyak jawatan, maka dia kena pilih laaa..baik dia pilih Bersatu maaa..Bersatu banyak duit! MN Umno apa ada? musibat punya lebai!

Comments are closed.