Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan mengenai dakwaan berlaku ketidakpatuhan prosedur operasi standard Covid-19 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan beberapa pertukaran pegawai kanannya di Bukit Aman, Sarawak, Perak dan Pulau Pinang, berkuatkuasa hari ini.

Menurut kenyataan PDRM, Timbalan Pengarah Forensik/Perancangan Strategik, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah (D14) Siasatan Jenayah Terancang, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Baharudin Mustapha dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman.

Pertukaran turut membabitkan Ketua Perhubungan Antarabangsa Urus Setia KPN (Pentadbiran), Bukit Aman, SAC A/L Ramadhass dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah dilantik sebagai Ketua (D10) Fizikal Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Tempah Meng Seah diambil alih ACP Hakemal Hawari yang merupakan Timbalan Komander Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Sarawak.

Hakemal pula diganti dengan Ketua (D10) Fizikal, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Shaikh Abdul Adzis SH Abdullah.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pelaburan Bersindiket/Kad Elektronik/Lain-Lain Jenayah), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, ACP Wong Ing Fung dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Perak.

Tempat Ing Fung diambil alih ACP Ruslan Ibrahim yang merupakan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan Perundangan), Pulau Pinang.

Selain itu, Penolong pengarah Latijhan (Urus Tadbir/Latihan) Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Noraziah Zakaria dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Perak.