Keadaan lengang luar perkarangan Perdana Putra selepas dipercayai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin partinya termasuk menteri di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 04 DISEMBER 2020.

PUTRAJAYA – Desas desus mengenai pertemuan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan beberapa pemimpin partinya termasuk menteri di Perdana Putra petang ini mengundang teki-teka.

Sama ada pertemuan itu benar-benar berlangsung di situ atau sebaliknya tidak dapat dipastikan setakat ini.

Tinjauan MalaysiaGazette di pejabat Perdana Menteri mendapati, beberapa kenderaan yang membawa menteri dilihat keluar dari pintu dua bangunan berkenaan dengan diiringi kenderaan polis.

Sumber memberitahu, pertemuan itu mungkin ada namun, ia berkemungkinan diadakan di tempat lain.

Anggota keselamatan yang berkawal di bangunan berkenaan memaklumkan bahawa Muhyiddin sudah meninggalkan pejabatnya dan tidak ada lagi orang kenamaan mahupun menteri yang berada di situ.

Terdahulu, Berita Harian Online melaporkan Muhyiddin memanggil beberapa pemimpin termasuk menteri daripada parti itu ke pejabatnya petang tadi.

Sumber parti itu yang dihubungi mengesahkan, pertemuan itu antara lain bagi membincangkan berkenaan kemelut Menteri Besar Perak selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya, pagi tadi.

Sebanyak 48 undi tidak menyokong usul berkenaan sebaliknya hanya 10 yang menyokong manakala terdapat satu undi rosak atau berkecuali.

Ahmad Faizal yang merupakan Timbalan Presiden Bersatui.  mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, petang tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. timbalan presiden pon tercidukk diorng kerjakan….silap besar lah ko deal dgn penyamun antarabangsa terkenal kot diorng tuuuu satu dunia tahu….

Comments are closed.