KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membuat bayaran Ganjaran, Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR), Pencen Terbitan, Pencen Orang Tanggungan dan Ex Gratia Orang Tanggungan (EXOT) milik Allahyarham Leftenan Kolonel Mohd. Zahir Armaya kepada orang tanggungannya bermula Oktober tahun lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad berkata, semua bentuk bayaran itu dibayar secara one off dan bulanan kepada ibu, balu dan lima anak termasuk dua anak tiri dan tiga anak kandung.
Beliau berkata, ibu Allahyarham, Rusunjan Mohamad menerima bayaran one off Ganjaran Terbitan pada bulan Mac lalu berjumlah RM16,029.
Tambahnya, Rusunjan juga mendapat Bayaran Bulanan Pencen Terbitan dan Pencen Orang Tanggungan berjumlah RM 1,253.91 mulai bulan April lalu dan pecahan bayaran melibatkan Pencen Terbitan sebanyak RM 01.68 dan Pencen Orang Tanggungan berjumlah RM852.23.
“Balu Allahyarham iatu Nour Shafinar Harun pula menerima Bayaran one off Ganjaran Terbitan dan FGCRan pada bulan Oktober lalu berjumlah RM91,983.73.
“Selain beliau juga mendapat Bayaran Bulanan Pencen Terbitan, Pencen Orang Tanggungan dan EXOT.
“Bayaran bulanan berjumlah RM 5,416.62 telah dilaksanakan mulai bulan November lalu dan pecahan bayaran adalah Pencen Terbitan (balu) sebanyak RM1,326.08, Pencen Orang Tanggungan (balu dan tiga anak) sebanyak RM 2,506.54. dan EXOT (balu dan seorang anak kandung sahaja) berjumlah RM 1,584.00,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sidang media itu diadakan bagi menjawab laporan media mengenai artikel bertajuk ‘Cucu Badul Tiada Pembelaan’ semalam.
Mohd. Zahir adalah anak kepada pelakon veteran, AR Badul yang sebelum ini menuntut haknya sebagai bapa hak selepas kematian anaknya setahun lalu.
Mengulas lanjut, Dzulkarnain memberitahu, dua anak arwah dengan bekas isteri pula iaitu Muhamad Remy Iskandar dan Mohamad Ebel Zulkarnain juga menerima Bayaran one off Ganjaran Terbitan dan FGCR.
Katanya, bayaran itu telah dilaksanakan pada Oktober lalu berjumlah RM 32,923.28.
“Mereka juga nmenerima Bayaran Bulanan Pencen Terbitan dan EXOT bermula November 2019 dan pecahan bayaran meliputi Pencen Terbitan (dua anak kandung sahaja) itu RM 530.43 Pencen Orang Tanggungan (dua anak kandung sahaja) iaitu RM557.00 dan EXOT (dua anak kandung sahaja) adalah RM576.
“Bagi anak bersama balu, bayaran dibuat ke atas akaun balu manakala bayaran untuk anak bersama bekas isteri dimasukkan terus ke akaun anak itu,” katanya.
Dzulkarnain menegaskan pihaknya memandang serius kenyataan yang dikeluarkan berkaitan nasib anak pegawai yang mempunyai pangkat terabai dan tiada menerima bantuan.
Ujarnya, JHEV sentiasa berusaha memenuhi hak setiap peringkat veteran ATM serta orang tanggungan bagi anggota ATM yang telah menamatkan perkhidmatan, bersara mahu pun meninggal dunia berdasarkan peraturan sedia ada yang berkuat kuasa.
Jelas beliau, kenyataan yang dikeluarkan oleh segelintir pihak yang bercanggah dengan peraturan semasa adalah tidak berasas sama sekali.
“Berdasarkan ketetapan pengagihan wang sumbangan dan insurans kepada orang tanggungan Allahyarhaml Mohd Zahir adalah di luar bidang kuasa jabatan ini untuk menentukannya.
“JHEV ingin menegaskan sekali lagi bahawa orang tanggungan Allahyarham tidak akan sesekali diabaikan oleh Kementerian Pertahanan malahan segala bentuk bantuan semasa seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Khas Kerajaan (BKK) dan Skim bantuan lain yang bersesuaian akan disalurkan dari masa ke semasa mengikut permohonan dan keperluan.
“Jasa bakti serta pengorbanan Allahyarham kepada negara sentiasa akan dikenang dan dihargai sampai bila-bila,” katanya.
Pada 4 September tahun, Allahyarham Mohd Zahir telah mengalami satu kemalangan dalam latihan di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah dan menyebabkan kematian.
Hasil Lembaga Siasatan yang telah dibuat oleh Tentera Darat Malaysia, insiden tersebut telah diklasifikasikan sebagai kemalangan dalam latihan dan diperkaitan dengan tugas. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Tidak berniat bolot harta anak, AR Badul hanya mahu hak sebagai bapa
Ok..semua dh jelas dr pihak majikan arwah ATM..hrp2 lps ni xda lg mulut2 yg bicara tanpa fakta lg..biarlah roh Arwah bersemadi dgn aman..
KES CLOSED.