Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Perceraian memang tidak disukai dan dibenci manun ia tetap boleh berlaku.

Apabila berlaku perceraian ramai yang busy body (penyibuk) kerana hendak ambil tahu.

“Ramai juga suka jadi jurucakap suami atau isteri. Membawang memang sedap. Lebih-lebih lagi ada ubi kayu rebus, sedikit sambal dan ikan masin,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang berkias mengenai kemelut politik yang melanda Kerajaan Negeri Perak sekarang.

Tambahnya, bekas suami atau isteri yang baik, bukan lagi dilihat siapa yang boleh bawak versi cerita punca perceraian.

”Memadai kalau mereka kata, “apa nak buat, jodoh hanya sampai di sini. Ini soal kesesuaian. Tak elok nak panjangkan cerita hal peribadi masing-masing. Kami pun dah buat yang terbaik untuk selamatkan rumah tangga”.

”Full stop dan move on!,” katanya.

Namun, ujar Ahmad Shabery, mampukah penyelesaian seperti itu dibuat dalam ‘perceraian’ politik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast