Sejak semalam tular sekeping poster ucapan tahniah kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang dikhabarkan akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

KUALA LUMPUR – Sejak semalam tular sekeping poster ucapan tahniah kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang dikhabarkan akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Dalam poster itu, tertera Armada Bahagian Bukit Gelugor mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Bagaimanapun, menurut Ketua Penerangan Armada, Ashraf Mustaqim Badrul Munir poster itu adalah palsu dan tiada kena mengena dengan sayap parti itu.

“Ia adalah palsu,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Dalam poster itu, tertera Armada Bahagian Bukit Gelugor mengucapkan tahniah kepada Ahmad Faizal atau Peja.

“Tahniah Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu diatas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri,” tulis poster itu.

Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) juga mengesahkan bahawa poster itu adalah palsu.

Menurut sumber, tiada sebarang keputusan dibuat untuk melantik Peja untuk jawatan itu.

“Ini fake (palsu). So far (setakat ini) tiada lagi final decision (keputusan rasmi) untuk letak peja (Faizal Azumu) as TPM,” katanya menerusi pesanan WhatsApp.

Ahmad Faizal semalam dalam sidang media terakhir beliau sebagai Menteri Besar Perak berkata “Jumpa di Seri Satria nanti,”.

Beliau bagaimanapun dirakam ketawa kecil selepas mengungkapkan perkataan itu.

Umum mengetahui, ’Seri Satria’ merujuk kepada kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sepatutnya kesemua YB parlimen UMNO juga wajib mendesak speaker utk mengada kan undi kepercayaan kepada Muhyiddin utk menstabil keadaan

Comments are closed.