KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pihaknya masih mahu mengekalkan jajaran politik bersama Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Perak.
Bagaimanapun, dengan perkembangan baharu yang dipamerkan oleh kedua-dua parti itu, maka ia akan mengakibatkan parti itu terpaksa menjadi jalan penyelesaian lain untuk membentuk kerajaan Negeri.
“Kita akan melihat semua kemungkinan saya sebutkan seboleh mungkin kita kekalkan jajaran terdahulu tetapi jika itu tidak dapat dilakukan tentu ada penyesuaian yang akan dilakukan untuk penjajaran yang baharu,” katanya kepada media selepas selesai menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang mana berkata parti itu berpendirian tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan Perak yang baharu.
Malah Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga berkata parti itu sentiasa berpegang teguh dengan prinsip persefahaman dan kerjasama yang terbentuk antara parti-parti Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak awal tahun ini demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Ditanya samada UMNO BN akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri, Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan itu.
“Kerjasama PH? Semua kemungkinan akan ada. Termasuk DAP? Semua kemungkinan akan ada. Itu tertakluk kepada keputusan muktamad yang akan dilakukan oleh pihak parti,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut berkata, UMNO akan mempersembahkan cadangan nama Menteri Besar Perak yang baharu kepada Sultan Perak.
“Sultan Perak yang akan tentukan secara mutlak siapa yang akan dilantik Menteri Besar Perak,” jelas beliau lagi.
Ujarnya, beliau hanya akan memberikan cadangan untuk jawatan itu dan ia akan dibuat secepat mungkin.
Bagaimanapun Ahmad Zahid tidak memperincikan bilangan nama yang akan dihantar pihaknya. – MalaysiaGazette
umno jgn jadi bodo nak kerjasama dgn DAP….PRU nanti kau akan tertonggeng…jgn rakyat hukum kau kali kedua…knp gila talak sgt…tak boleh ke tunggu pru 15 nk jadi MB…ni pu tah brp lama jer memerintah…ingat janji muafakat nasional perlu diteruskan…or else..
Kahkahkahkah yg pengikut tolol dok mati2an kena kencing dgn politus nih… Ahli Ameno tongong dulu kini selamnaya
PAS DAN UMNO 60 TAHUN BERMUSUHAN BOLEH BERDAMAI KERANA ALLAH.. .TETAPI UMNO DAN BERSATU BERMUSUH SEMASA DAN SELEPAS PRU SUKAR BERDAMAI KERANA EGO/DENDAM/HASUTAN/FITNAH/KUASA/ADU DOMBA YANG SEMUA ADALAH BISIKAN SYAITAN…sebab itu PAS ambil pendekatan memegang erat tangan UMNO dan BERSATU dibawah payung ISLAM.rujuk ALhujarat ayat 10..tetapi PAS tetap diPERSALAHkan
Zahid… Kau ni beban kepada UMNO, MN dan PN. Dahlah kena dakwa kat Mahkamah serta gagal dalam PRU14, baik kau resign Jika ada maruah. Dato Sri Najib jauh lebih mulia dari kau sebab ambil tanggungjawab dengan meletak jawatan sebagai pengerusi BN dan President UMNO bila kalah GE14
Nampaknya Perak jd medan ujikaji samada perkahwinan UMNO dan DAP bleh berjaya dak. Berani dan terdesak betul Wak Hamidi. Hahaha.. ahli UMNO masih nak setia membuta tuli kat Wak Hamidi ni? Beban ni, bukan leh pakai pun. Next PRU ni la calon PM yg UMNO nak? Setia tak bertempat, mcm xdak calon lain dah
Janji tak makan ikan masin kat penjara…dulu ikut reformasi pun separuh jalan… Takut tun sumbat dalam jel. Ini orang mana ada maruah….
Kesilapan besar peja jual tanah kerajaan RM 342 juta sedangkan nilai pasaran RM 1.03 Billion dg keuntungan tahunan RM 40 juta. Banyak keputusan Peja buat tanpa perbincangan dan peesetujuan ahli DUN. Sebab itu dia disingkir.