Penyelidik Malaysia yang mengambil bahagian dalam Seoul International Invention Fair (SIIF 2020) membawa pulang pelbagai anugerah dan pingat semasa Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah yang disiarkan secara online pada 4 Disember lalu.

KUALA LUMPUR – Penyelidik Malaysia yang mengambil bahagian dalam Seoul International Invention Fair (SIIF 2020) membawa pulang pelbagai anugerah dan pingat semasa Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah yang disiarkan secara online pada 4 Disember lalu.

Pertandingan yang berlangsung daripada 1-4 Disember di
Korea Selatan  telah menyaksikan penyelidik Malaysia membawa pulang satu hadiah utama, 19 pingat emas, 11 pingat perak dan lapan pingat gangsa.

Pada kali ini, penyertaan terdiri daripada Agensi Nuklear
Malaysia, SIRIM Berhad, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan University College Sedaya International (UCSI) Education.

Lebih 42 inovasi telah dipertandingkan.

Presiden Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS), Dr. Muhd Noor Muhd Yunus berkata, walaupun dunia masih lagi bergelut dengan Covid-19, penyelidiknya tetap aktif menghasilkan pelbagai inovasi bagi manfaat sejagat.

Tidak hairanlah Persatuan Promosi Inovasi Korea (KIPA) tetap melantik MARS sebagai satu-satunya persatuan yang di beri kepercayaan untuk membawa inovasi- inovasi daripada Malaysia bertanding di SIIF saban tahun.

KIPA adalah sebuah perbadanan khas di Korea Selatan yang ditubuhkan pada Tahun 1973 di bawah peruntukan Akta Promosi Inovasi Korea dan sangat aktif dalam mempromosi hasil inovasi dan penyelidikan bukan sahaja di Korea bahkan di persada antarabangsa

Tambah beliau lagi, inovasi daripada Malaysia biasanya mendapat
perhatian daripada juri-juri di negara tersebut kerana bukan sahaja memenuhi kriteria yang ditetapkan disamping mempunyai potensi serta kualiti yang tinggi.

Ini adalah kerana, difahamkan inovasi yang bertanding
telah melalui saringan yang ketat dan telah pun memenangi pingat emas dalam pertandingan yang dianjurkan di Malaysia. MARS juga sangat dikenali dalam kalangan institusi penyelidikan, Pusat Pengajian Tinggi.

Giatmara, sekolah dan perekacipta sebagai penganjur Malaysia
Technology Expo lebih daripada 17 tahun di Malaysia.

“MARS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua penyelidik yang telah mengambil bahagian di atas komitmen yang telah diberikan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

“Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang berinovasi kerana inovasi bukan sahaja menjadikan kehidupan kita lebih selesa dan mudah, bahkan dapat menjimatkan banyak wang dan masa,” kata Muhd Noor.- MalaysiaGazette