Datuk Seri Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesal terhadap Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan Undangan yang dikemukakan terhadap Datuk Seri Faizal Azumu Jumaat lepas.

Usul itu yang dicadang oleh UMNO namun tidak disokong oleh UMNO dan Pakatan Harapan (PH) dalam sidang DUN sehingga Faizal Azumu gagal mendapat keyakinan majoriti.

Dalam proses pengundian yang dijalankan secara sulit itu, usul tersebut hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 yang tidak menyokong dan satu berkecuali.

Dalam satu kenyataan oleh Setiausaha Agung PPBM, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebentar tadi berkata, susulan daripada krisis tersebut, MPT sebulat suara bersetuju memperkukuhkan kerjasama antara Bersatu dan Pas.

“Kita sebulat suara bersetuju memperkukuhkan kerjasama melalui Perikatan Nasional dalam usaha mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.

“Semua keputusan yang bakal diambil PPBM berkaitan penubuhan kerajaan negeri Perak yang baharu akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan PN terutamanya Pas yang terlibat secara langsung,” katanya.

Mesyuarat yang bermula sekitar 6 petang tadi dipercayai tamat sekitar jam 8 malam tadi di pejabat PN di Publika hari ini.

Turut hadir, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun ianya telah dijalankan secara tertutup tanpa sebarang kehadiran media. -MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Bila KAFIR DAP merincih2kan parti2 politik Melayu dinegara ini, divide & rule, minoriti memerintah majoriti, amat memalukan!

    Oleh itu bersatulah untuk anak cicit piut mendatang!

  2. dah cantik nih. ada tiga parti utama dalam pru15 nanti . ph pn dan umno bn. pn jangan terima umno nanti rakyat susah nak buat pilihan . yang suka melayu islam boleh pilih pn . yang suka perasuah perompak boleh pilih umno bn . yang suka global boleh pilih ph .

Comments are closed.