Mayat lelaki tidak beridentiti ditemui tergantung dalam rumah kosong di tengah hutan di Gombak Tengah oleh polis pagi ini.

KUALA LUMPUR – Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tergantung dalam keadaan tidak sempurna di sebuah kosong di kawasan hutan Gombak Tengah Tambahan di kilometer 10, Gombak hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, balai polis Gombak menerima aduan dari seorang lelaki berusia 40 tahun sekitar 10.50 pagi tadi mengenai penemuan mayat tersebut.

“Pihak polis bersama pasukan bomba, forensik dan Unit Anjing Pengesan bergegas ke lokasi kejadian menjalankan Siasatan.

“Apabila tiba di lokasi didapati ada rumah tidak berpenghuni dan hasil pemeriksaan menjumpai satu rangka lelaki, bangsa tidak pasti, berseluar jeans warna biru dan baju belang warna coklat putih dalam keadaan tidak sempurna.

“Bahagian tengkorak kepala berada di lantai dan bahagian badan masih tergantung dengan tali yang diikat pada kayu bumbung rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Mayat lelaki tidak beridentiti ditemui tergantung dalam rumah kosong di tengah hutan di Gombak Tengah oleh polis pagi ini.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian tidak menjumpai apa-apa pengenalan diri mayat tersebut dan status masih tidak diketahui.

Menurut Arifai, rumah tersebut telah lama ditinggalkan dan tidak diketahui pemiliknya.

Ujar beliau, siasatan awal tiada sebarang tanda adanya unsur jenayah pada rangka mayat itu dalam kejadian ini.

“Pejabat Kesihatan Daerah Gombak telah mengambil sampel dari rangka untuk ujian saringan Covid-19.

Anggota bomba menurunkan mayat yang tergantung dalam rumah kosong di tengah hutan di Gombak Tengah oleh polis pagi ini.

“Rangka manusia tersebut telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan selanjutnya dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan post mortem diperolehi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini atau kehilangan keluarga diminta menghubungi Ketua Polis Balai Gombak ASP Syed Azizi Jamalullail Syed Abdul Aziz di talian 03 61895222 / 012-3766220,” tegas Arifai.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast