Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin hadir pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Khas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, sepakat mencalonkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai calon Menteri Besar Perak.

Ahli MKT, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin mengiyakan pertanyaan media dengan berkata calon daripada UMNO itu mendapat sokongan sebulat suara semua ahli MKT parti itu.

“(Mesyuarat) sebulat suara (putuskan) Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak,” katanya kepada media di perkarangan Menara Dato’ Onn selepas menghadiri mesyuarat MKT yang tamat jam 10 malam tadi.

Sementara itu beberapa ahli MKT yang turut ditemui enggan mengulas atau mengesahkan perkembangan terbaharu itu.

Antaranya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin yang meminta pihak media menunggu kenyataan daripada UMNO.

“Tunggu kenyataan rasmi Setiausaha Agung,” katanya lagi.

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah hanya menunjukkan tanda bagus tanpa berkata apa-apa kepada media selepas selesai Mesyuarat Khas MKT hari ini.

Saarani yang dilihat keluar daripada Menara Dato’ Onn juga enggan mengulas lanjut.

“Tunggu pengumuman esok,” katanya.

Saarani enggan menjawab pertanyaan media sama ada beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Kesian Bersatu, kena tikam kaw kaw dari Ummah sendiri. Kalau masih kat PH, jawatan-jawatan besar bersatu kecik ni tak akan diusik sebab agenda PH adalah untuk rakyat dan ini telah terbukti melihat kepada pas+umno hanya gila kuasa, rakyat diketepikan.
    Situasi sekarang makin hari makin teruk, PN + umno telah berjaya menurunkan kredit rating malaysia..pelabur akan lari, tahniah kepada kerajaan rasis sekarang. Isu Allahyarham Adib apa cita sekarang? Masa PH, umno+pas giat main isu perkauman, sampai turun padang. Sekarang napa diam? Dah dapat jawatan kan.
    Mandat rakyat harus dikembalikan, PH je lah kerajaan yang cekap dan berintegriti.

  2. Komen seperti Tora Tora ni menunjukan betapa rendahnya IQ beliau, penyokong umno+pas buta tuli, tak payah ada fakta, asalkan bodoh sombong. Renungi la komen beliau, tiada fakta, tiada isi kandung melainkan bontot dan DAPigs, kesian.

Comments are closed.