Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Covid-19 cases deaths
Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,750 kes sembuh Covid-19  direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 64,056 kes bersamaan 85.1 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Manakala menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 1,012 kes positif baharu hari ini.

Ujar beliau, Selangor melaporkan kes positif tertinggi hari ini iaitu 417 kes diikuti oleh Sabah sebanyak 271 kes manakala Johor pula sebanyak 108 kes.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 75,306 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 10,862 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 1,005 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Noor Hisham, sebanyak 44 kes baharu adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (24 kes), Kluster Bakti (18 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai sebanyak dua kes.

Sehingga kini, katanya, terdapat 126 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 62 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 388 kes (0.52 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast