KUALA LUMPUR – Ramai yang kagum dengan kisah penghijrahan Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman.

Beliau kini aktif dalam kegiatan dakwahnya.

TErbaharu,  Mizz Nina, 40 tahun telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih berkonsepkan gaya hidup Muslim yang diberi nama ‘Qalby App’

Menerusi salah satu hantaran di Instagram, beliau berkata, aplikasi tersebut diwujudkan  untuk berkongsi pengetahuan dan keindahan Islam.

Qalby App menyediakan ciri-ciri seperti e-Journal, waktu solat, bacaan al-Quran, arah kiblat, kolekasi doa, video ilmiah dan banyak lagi.

Menurutnya, Qalby App diinspirasikan sewaktu menghadiri kelas tafsir Ta’leem al-Quran di Alhudaonline pada penghujung tahun 2018.

”Waktu itu terfikir adakah hati kita benar-benar suci? Bagaimana pula dengan iman saya? Allah tidak menghakimi penampilan kita tetapi hati dan perbuatan kita. Jadi begitulah lahirnya nama ‘Qalby’ tersebut yang bermaksud ‘hati saya’ dalam bahasa Arab,” tulisnya.

Aplikasi itu tersedia di Google Playstore dan Apple Store sejak bulan lalu dalam peringkat beta-testing.

Ia telah dilancarkan secara rasmi pada awal bulan ini.

Sejak dilancarkan, Qalby App telah dimuat turun sebanyak 10,000 kali.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast